15 January 2017

26 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI MIA AHMAD & IZHAM, PENJAGA GOL JDT



Suasana majlis resepsi perkahwinan pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samiha Ahmad Badri, 29, dan pasangannya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, yang berlangsung meriah di Taiping Golf and Country Club, malam semalam.

Bertemakan tradisional Melayu, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan anggun dan segak mengenakan busana berona sedondon iaitu merah jambu.

Klik untuk gambar besar




Busana pasangan raja sehari itu direka oleh Cosry. Pemilihan perunding The White Teratak Wedding untuk menghiasi persekitaran majlis nyata tidak mengecewakan dengan konsep taman dilatari warna putih dan emas.

Majlis dihadiri lebih 2,000 tetamu merangkumi keluarga, sanak-saudara dan kenalan masing-masing. Antara tetamu yang hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kompang dan tarian silat.


















































Sumber: Berita Harian
Foto: Mia Ahmad IG & @project2pi



         ________________________





No comments: