16 January 2017

31 GAMBAR - HAZAMA & GENERVIE KAM KINI SUAMI ISTERI



Setelah lima tahun menyulam cinta, akhirnya bekas juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Hazama, 33, sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Genervie Kam, 37, seorang pemuzik dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan di sebuah villa di Gombak yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja itu menyaksikan Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Klik untuk gambar besar




"Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja. Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran," kata Hazama.

Pasangan ini lebih selesa memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan melakukan perkara yang wajib sahaja tanpa mengadakan majlis yang gah seperti selebriti lain.

Tahniah kami ucapkan kepada Hazama dan isteri, semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya.




























































Sumber: Berita Harian
Foto: #hazamagenervie & Hlive



         ________________________





No comments: