10 January 2017

31 MAC DEPAN - TARIKH NIKAH SHARNAAZ AHMAD & NOOR NABILA



Seperti yang dijanjikan, Sharnaaz Ahmad menerusi satu sidang media khas petang semalam telah mengumumkan 31 Mac depan sebagai tarikh untuk disatukan dengan Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak pengacara popular, Neelofa.

Sidang media khas yang diadakan oleh Sharnaaz di Clubhouse Duta Tropika itu sekaligus menjawab teka-teki yang sekian lama bermain di fikiran peminat.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 32, berkata majlis akad nikah akan diadakan di kediaman pengantin perempuan pada sebelah malam.

Klik untuk gambar besar




"Kami bakal mengadakan tiga acara berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis keluarga saya di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.

"Sementara ini, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup, namun kami akan menyediakan jurugambar rasmi pada acara berkenaan. Bagaimanapun semuanya masih dalam perbincangan," kata Sharnaaz.

Tambah Sharnaaz lagi, beliau akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isteri, berbalas tujuh. Begitupun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Untuk makluman, pasangan ini berkenalan pada 2015 sebelum Sharnaaz menghantar rombongan merisik buah hatinya pada Disember tahun lalu.








--- IKLAN ---







Sumber: Berita Harian
Foto: Sharnaaz Ahmad IG



         ________________________





No comments: