09 January 2017

JANTINA ANAK KEDUA - LISA SURIHANI & SUAMI BELUM SEDIA KONGSIKAN



Pelakon Lisa Surihani, 31, dan suaminya, Yusry Abdul Halim, 44, yang bakal menimang cahaya mata kedua bulan April depan memberitahu bahawa mereka sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka yang bakal lahir ini.

Namun begitu, pasangan ini enggan berkongsi jantina tersebut kerana ingin ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.

"Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini," kata Yusry.

Klik untuk gambar besar




Pada masa yang sama, Yusry memaklumkan bahawa isterinya lebih tenang melalui pengalaman mengandung anak keduanya yang kini sudah pun memasuki bulan keenam.

Kata Yusry lagi, pengalaman kehamilan pertama sebelum ini banyak membantu isterinya untuk lebih bertenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin.

"Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah.




--- IKLAN ---




"Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Yusry menerusi akaun Instagramnya mengumumkan isteri tercinta kini sedang hamil anak kedua mereka. Berita itu membuatkan peminat mereka gembira dan tidak henti mendoakan kesejahteraan Lisa dan bayi didalam kandungan.

Untuk rekod, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.




Sumber: mStar
Foto: Lisa Surihani IG & Yusry Abdul Halim IG



         ________________________





No comments: