18 January 2017

4 GAMBAR - KHADIJA AZZEHRA, NAMA ANAK KEDUA DIANA AMIR



Diana Amir menerusi laman Instagramnya, secara rasmi telah memberitahu nama anak perempuan keduanya yang lahir pada 4 Januari lalu.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 30, dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman telah berpakat menamakan cahaya mata kedua mereka dengan nama 'Khadija Azzehra'.

Klik untuk gambar besar




"Kami namakan kesayangan yang bijak and solehah ni Khadija Azzehra, Khadija (isteri Rasulullah SAW) Azzehra (luar biasa, pintar).

"Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Amin!. Lega Khawlah bijak, cepat sayang adik dia, I love you lah khawlah! Such a bright kid," tulis Diana di IGnya

Untuk rekod, Diana yang berkahwin dengan usahawan itu pada Oktober 2013, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Khawlah Al-Azwar yang akan memasuki usia dua tahun pada 8 Mac depan.






Foto: Diana Amir IG



         ________________________





No comments: