06 January 2017

5 GAMBAR - MAJLIS PERSANDINGAN ADEL AF



Bekas peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Adeline Joyce Masidah atau Adel, 24, yang selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya seorang ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat, 30, itu telah mengadakan majlis persandingannya dua hari selepas dinikahkan iaitu pada 1 Januari lalu.

Majlis persandingan Adel dan pasangannya yang juga duda anak tiga ini telah berlangsung di Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, Kampung Laya-Laya, Tuaran, Sabah, dengan memilih tema perkahwinan dalam taman.

Klik untuk gambar besar




Pernah dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga Muhammad Affan bersama bekas isteri, penyanyi kelahiran Keningau, Sabah ini tidak cepat melatah, sebaliknya mengambil pendekatan menjelaskan keadaan sebenar kepada peminat.

Februari lalu, Adel memaklumkan suaminya dalam proses perceraian dengan bekas isteri sekali gus menafikan menjadi orang ketiga.

Menurutnya, keputusan berkahwin bukanlah perkara mudah yang dilakukan mereka kerana perlu menjaga banyak hati khususnya keluarga. Apatah lagi, keputusan itu turut membabitkan perbezaan budaya dan agama.



"Perkara itu sudah berlalu dan saya perlu fokus dengan kehidupan sekarang serta masa depan lebih-lebih lagi dalam menguruskan dua daripada tiga anak suami yang turut tinggal bersama kami. Mereka masih kecil, sudah tentu menjadi tanggungjawab saya untuk membantu suami menjaga mereka," katanya.

Ketika majlis persandingan, dua anak Muhammad Affan iaitu Putri Nur Arfa, 6, dan Putri Nur Khadijah, 4, turut hadir menyerikan majlis yang turut dihadiri 500 tetamu, ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua mempelai.

Anak bongsu Muhammad Affan pula, Putri Nur Qareenasara, 2, pula tinggal bersama bekas isterinya selepas mereka bercerai tahun lalu.




--- IKLAN ---







Sumber: Harian Metro
Foto: 2MJ Combination Photographer, Mjj Svgoms & @heartt_tony


         ________________________





No comments: