09 January 2017

BAKAL BERSALIN MEI - SHARIFAH SAKINAH HAMIL ANAK PEREMPUAN



Pelakon Sharifah Sakinah yang kini sedang mengandung lima bulan itu dijangka bakal melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan Aliff Adha, pada Mei depan.

Kata Sakinah, dia bersyukur kerana sekali lagi dikurniakan rezeki berbadan dua selepas kandungannya gugur, tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tak memberi apa-apa tekanan. Saya anggap ketika itu, tak ada rezeki.

Klik untuk gambar besar




"Saya lalui kehidupan seperti biasa. Cuma tak sangka, sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu, saya dan kakak, Sharifah Shahirah sama-sama hamil," katanya.

Dalam masa sama, Sakinah memberitahu bahawa dia dimaklumkan bakal menimang anak perempuan.

"Suami saya bukan kepalang seronok kerana memang nak anak perempuan. Apatah lagi, dia tidak ada beradik perempuan.




--- IKLAN ---




"Bakal anak saya ini akan menjadi cucu pertama untuk keluarga suami. Sebelah saya pula, ini cucu yang ke-17," ujarnya yang belum beriya-iya membuat persiapan menyambut cahaya mata pertamanya itu.

Tambah Sakinah, dia tidak berdepan masalah teruk ketika mengandung.

"Hanya masalah hormon yang cukup ketara sehingga kulit muka agak teruk jadinya. Selebihnya, saya nak suami berisi dan memaksa dia makan banyak. Kalau dapat anak yang berisipun, saya tak kisah," katanya.

Biarpun sedang hamil, Sakinah terikat dengan dua projek seni yang sudah dipersetujui awal.

Dalam melunaskan tanggungjawabnya, pelakon ini bercerita insiden malang menimpa dirinya apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

"Ketika itu saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka bersama pembantu peribadi selepas subuh. Dia yang memandu kereta.

"Saya masih ingat bagaimana badan saya hampir tersentak akibat perlanggaran itu. Saya jadi trauma naik kereta sampai dalam hati, saya nak pakai topi keledar demi keselamatan diri. Tapi alhamdulillah, saya ok," jelasnya.

Untuk rekod, Sakinah berkahwin dengan Aliff yang merupakan seorang juruterbang pada 28 Mac 2015.


Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian & Sharifah Sakinah IG



         ________________________





No comments: