24 January 2017

HANEZ SURAYA SAH FAILKAN PERMOHONAN TUNTUT FASAKH



Sebelum ini, tiada pengesahan daripada pihak Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, 37, mengenai gosip yang mengatakan mereka bakal bercerai.

Terkini menerusi laporan Berita Harian dan Utusan, pelakon tersebut menfailkan permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah semalam. Bagaimanapun, Hanez dikatakan tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.

Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali dan tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Klik untuk gambar besar




Menurut laporan itu lagi, berita pergolakan rumah tangga pelakon berusia 32 tahun itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.

Untuk makluman pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.



Bintang 'Love You Mr Arrogant' itu gagal dihubungi dan tidak membalas pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.

Terdahulu, berita pasangan ini bakal bercerai mula tersebar apabila nama pelakon itu tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkara ini sekaligus memberi kejutan kepada peminat yang melihat keluarga mereka seakan bahagia lagi-lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka, Putri Aleesya.

Apapun buat Hanez dan suami, diharap mereka dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Doakan yang baik sahaja untuk mereka.


Sumber: Berita Harian & Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: