25 January 2017

SERINA REDZUAWAN KE MAHKAMAH SYARIAH UNTUK PROSES CERAI?



Kisah rumah tangga anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan telah kedengaran sejak pertengahan tahun lalu lagi dan kini kembali hangat diperkatakan lagi.

Terbaru, Serina atau lebih dikenali dengan gelaran Serina Chef Wan menjelaskan bahawa dia sudah pun pergi ke mahkamah syariah.

"Ooo…hal tu (pergi mahkamah syariah). Ya. Masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik," jelas Serina dalam menjawab soalan kepada Media Hiburan melalui Whatsapp.

Klik untuk gambar besar




Selain daripada itu, Serina dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kerana peminat sentiasa memberikannya sokongan dalam menghadapi hari mendatang.

Untuk makluman, Serina telah berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Kami pasti bila tiba masanya nanti, Serina akan menjelaskan situasi sebenar yang terjadi.




Sumber: Media hiburan
Foto: Serina Redzuawan IG



         ________________________





No comments: