25 January 2017

RUNNING MAN DITERUSKAN, PEMBATALAN DITARIK BALIK



Peminat rancangan variasi popular Korea, Running Man tidak perlu bersedih lagi apabila program itu tidak jadi ditamatkan, sebaliknya produksi meneruskan penggambaran musim baharu dengan mengekalkan enam anggota asal.

Selain mengesahkan pembatalan program popular itu ditarik balik, stesen penyiaran itu dalam satu kenyataan memberitahu musim terbaharu akan disambung semula dengan menampilkan beberapa wajah baharu bagi menggantikan tiga selebriti yang meninggalkan siri itu sebelum ini.

Klik untuk gambar besar




"Berhubung luahan peminat yang bukan sahaja dari Korea tetapi seluruh dunia yang sedih dengan penamatan program ini, SBS dan enam ahli Running Man bersetuju untuk meneruskan siri ini.

"Ya, Running Man akan diteruskan dan akan ada ahli baru menyertai program ini nanti," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Koreaboo.

Running Man sebelum ini mencetuskan beberapa kontroversi apabila pihak produksi dilaporkan menyingkirkan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo pada Disember lalu.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan peminat setia program itu sebelum pihak produksi mengumumkan program berkenaan dibatalkan.



Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat SBS yang juga pencetus Running Man pada 2010 iaitu Nam Seung Yong memberitahu telah berjumpa dengan semua yang terlibat untuk membincangkan isu yang timbul berkaitan rancangan popular itu.

Seung Yong juga turut meminta maaf atas kontroversi yang berlaku dan berjaya memujuk enam ahli yang terlibat untuk kekal pada musim baharu.

"Saya dengan rendah hati berterima kasih dengan ahli yang membuat keputusan sukar untuk terus kekal bersama Running Man.

"Dedikasi mereka dalam menghargai sokongan peminat sejak tujuh tahun lalu amat mengagumkan dan kami akan memastikan musim baharu lebih segar dan menyeronokkan," katanya.


Sumber: mStar & Koreaboo
Foto: @sbs_runningman_sbs



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...