25 January 2017

PENIAGA KOPIAH DAKWA DIAIBKAN - DATO' ALIFF SYUKRI MOHON MAAF



Siapa yang menonton rancangan 'Oh Abang Kosmetik' episod 3 pasti mengetahui mengenai seorang peniaga kopiah yang bersikap agak 'biadap' terhadap pengasas D'Herbs, Dato Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris yang menyamar sebagai seorang pengemis.

Memang sekali tengok dari jauh nampak agak sedih juga Dato Aliff diperlakukan sebegitu oleh peniaga kopiah tersebut, sehinggakan video mengenai kisah itu menjadi viral di laman sosial.

Dek kerana tidak mahu terus dihentam dan dipandang negatif, peniaga kopiah tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku menerusi akaun Facebooknya yang bernama Jebat Derhaka.

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun, komen yang ditulis oleh Jebat Derhaka ke Facebook Dato' Aliff ini telah pun dipadamkan. Enggan berdiam diri, Jebat Derhaka menulis kembali kenyataan balas balik terhadap jutawan kosmetik tersebut.

Sementara itu, Dato Aliff menerusi akaun Instagram telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penjual kopiah yang tersinggung atas kenyataan beliau dalam satu video rancangan 'Oh Abang Kosmetik' baru-baru ini.

"Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.



"Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya.

"Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik'," tulisnya.



Tambah Dato Aliff lagi, respon tentang isu tersebut dikeluarkan lambat kerana beliau sibuk dengan filem 'Badang' lakonannya.

"Sorry saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem @badangthemovie seharian," jelasnya lagi.

Hmmmm. Diharap Dato Aliff Syukri dapat bertemu dengan si peniaga kopiah ini untuk menjernihkan suasana. Seperti yang kita sedia tahu, rancangan tv sekarang memang penuh dengan drama. Namun janganlah sampai menjatuhkan maruah orang lain. Tak gitu?






Sumber: Beautifulnara & Dato' Aliff Syukri IG



         ________________________





No comments: