26 January 2017

AL-FATIHAH - PELAKON S ROSLEY KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan buat keluarga seniman filem Melayu era 1960-an, S Rosley, 74, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1.40 pagi semalam, akibat serangan jantung.

Memetik kenyataan anaknya, pelakon dan penyanyi Fido Ahdross, 34, Allahyarham dikatakan rebah di bawah kolong blok kediamannya sebelum meninggal dunia di Hospital Besar Changi.

Beliau juga dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan beberapa tahun lalu. Selain itu, Allahyarham terpaksa menggunakan alat perentak jantung sekitar tiga bulan lalu disebabkan jantungnya yang lemah dan tidak berdegup secara konsisten.

Klik untuk gambar besar




S Rosley yang bersuara serak-serak basah pernah membintangi beberapa filem klasik, termasuk Anak Buluh Betung, Lampong Karam dan Darma Kesuma.

Seorang lagi anaknya, Shariffah Fathin Ahdross, berkata jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur.

Dalam temuramah bersama sebuah akhbar Malaysia sekitar 2013, Allahyarham pernah meluahkan rasa hairan kerana amat dikenali selepas membintangi filem Anak Buloh Betong walaupun tidak memegang watak utama.



"Dalam semua filem yang saya lakonkan, watak yang diberikan ialah watak hero kecuali dalam filem Anak Buloh Betong.

"Cuma agak pelik sedikit kerana walaupun bukan melakonkan watak utama, filem itu yang paling diingati peminat saya," katanya yang memegang watak jahat sebagai Tengku Rangkas dalam naskhah terbabit.

Bapa kepada empat anak ini juga pernah berlakon dalam sebuah filem moden berjudul Terlibat sekitar 1970-an.


Sumber: Berita Harian, BERITA Mediacorp & BERNAMA



         ________________________





No comments: