26 January 2017

HANEZ SURAYA: "KAMI BAHAGIA BERSAMA, RUMAH TANGGA MASIH KEKAL"



Sebelum ini, rumah tangga pelakon Hanez Suraya dikatakan sedang bergolak sehingga ada sumber mendakwa beliau menfailkan penceraian terhadap suaminya, Romie Razin Adilha di mahkamah.

Malah satu senarai pasangan suami isteri yang bermasalah di Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut terselit nama pasangan ini telah tersebar.

Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya menerusi laman instagramnya.

Klik untuk gambar besar




"Assalammualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam.. Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang utk tenang..

"Tiada apa yang saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..

"Cuma apa yang penting antara saya dan suami saya kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.. Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal..



"Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi-spekulasi yang menjadi tokok tambah dari pihak-pihak tertentu..

"Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini.. Terima Kasih di atas sokongan-sokongan kuat dari pihak keluarga, rakan-rakan rapat, media dan fans di luar sana yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan yang baik-baik untuk kami.. Assalammualaikum," jelas Hanez.

Untuk makluman, pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.


Sumber: Berita Harian & Hanez Suraya IG
Foto: Hanez Suraya IG



         ________________________





No comments: