24 January 2017

GARA-GARA PUKUL CURI, MEKAP ARTIS KOYAK DI KEPALA



Akibat dipukul curi, seorang mekap artis yang dikenali dengan nama Eva Shahrul, menerima 10 jahitan apabila mendakwa dipukul dengan objek keras dibahagian belakang kepalanya.

Tambahnya, dia dipukul di kepala oleh seorang krew ketika sedang menjalani penggambaran milik sebuah syarikat produksi terkenal hanya disebabkan salah faham.





Sementara itu, pelakon Fezrul Khan turut merasa kecewa dengan tindakan melulu pihak yang memukul tersebut sambil menyifatkan insiden itu sebagai menyedihkan.

"Korang ni da tak de otak ke nak fikir? Agak agak la kalo shooting pon kalo terasa bole bawak berbincang kan. Tak payah la nak hentak makeup artis macam ni. Hebat sangat ke soundman nak hentak orang macam ni?

"Selagi korang tak bole nak cut sound kapal terbang tu tak payah nak rasa diri tu hebat?? profima buat ape? Belom bertemu buku ngan ruas lagi.. to kak Eva Shahrul be strong hope semua okay. I know u very well . Be strong," ujarnya di IG.

Difahamkan, disebabkan kecederaan tersebut, Eva kini terpaksa berehat di rumah kerana masih lagi menahan sakit di kepala.

Dakwa Eva, dia bakal membuat laporan polis.



Sumber & Foto: Fezrul Khan IG


 
         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...