18 January 2017

KERAP DITANYA SOAL ZURIAT - AMYRA AKUI TAK TERTEKAN & MARAH



Kita semua sedia maklum bahawa soalan yang biasa yang akan ditanya selepas berkahwin adalah mengenai zuriat, begitu juga dengan pelakon Amyra Rosli apabila dirinya tidak dapat lari daripada soalan tersebut.

Amyra bagaimanapun menjelaskan yang dirinya itu tidak mudah menggelabah dengan pelbagai soalan, mahupun tertekan dengan pertanyaan sebegitu. Ini kerana baginya, perkara itu adalah lumrah bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.

Klik untuk gambar besar




"Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah.

"Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah," kata isteri kepada pelakon Amar Baharin ini.



Amyra yang juga pelakon drama 'Isteri Tuan Ihsan' menganggap pertanyaan itu lebih kepada sikap ambil berat. Dalam perkara ini, Amyra mengakui banyak mendapat sokongan moral daripada ibunya.

"Mama banyak memberi semangat. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya berasa terbeban dengan tanggungjawab sebagai isteri. Boleh dikatakan setiap hari saya belajar sesuatu yang baru.

"Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa," katanya.


Sumber: Harian Metro
Foto: Amyra Rosli IG



         ________________________





No comments: