28 January 2017

PENERBIT NAFI 'LEBIHKAN' DAYANG NURFAIZAH DI FINAL AJL31



Semua mengetahui bahawa lagu "Lelaki Teragung' nyanyian Dayang Nurfaizah telah diangkat sebagai juara pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-31 (AJL31).

Namun, ada satu dakwaan mengatakan pihak penerbitan melebihkan persembahan penyanyi tersebut sehingga berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Bagaimanapun, penerbit AJL31, Zamzuri Zaini menafikan tuduhan yang dilemparkan individu tertentu. Ini kerana kata Zamzuri atau lebih dikenali sebagai Ayau, pihaknya tidak pernah bersikap pilih kasih dalam persembahan setiap finalis.

Klik untuk gambar besar




"Ingin dijelaskan pada AJL lalu tidak ada siapa yang lebih atau kurang. Apa yang penyanyi, komposer dan penulis lirik berikan kepada pengarah muzik, itu adalah yang 'final'. Pihak kami tak ada hak untuk menambah atau membuang.

"Kalau ada pun, itu antara mereka dengan pengarah muzik. Kami di pihak penerbitan tak masuk campur. Bukan apa, itu adalah kreativiti masing-masing," jelasnya.

Zamzuri turut menjelaskan persembahan setiap finalis adalah menggunakan perbelanjaan sendiri.

Pihak penerbitan hanya membantu dari segi idea bagi memastikan persembahan yang dirancang tidak melanggar tata cara penerbitan.



"Bukan saja muzik, malah tarian pun daripada penyanyi itu sendiri. Kami hanya membantu dari segi idea persembahan. Pendek kata, fokus kami adalah penerbitan saja," katanya.

Terdahulu penerbit dan pengarah Michael Ang menulis di laman Twitter yang mengatakan persembahan Dayang Nurfaizah menerusi lagu 'Lelaki Teragung' adalah permainan TV3.

"Kan aku dah cakap permainan TV3! Orkestra dia bagi kat Dayang! Walaupun lagu ini buat aku tidur, aku tetap 'predict' lagu ini juara lagu," tulisnya.

Status Michael itu ditweet semula lebih 500 pengikut di laman sosial itu.



Pengarah drama 'Suri Hati Mr Pilot' itu ketika dihubungi berkata, dia tidak ada niat mempertikai kredibiliti pihak penerbitan.

"Status itu tidak bermaksud sedemikian. Sebaliknya perkataan permainan yang ingin saya sampaikan adalah permainan bagi mencantikkan lagi persembahan itu. Tambahan pula dia menampilkan pemuzik tambahan bagi mencipta kelainan dalam lagu itu.

"Kalau peminat membaca tweet saya dari mula, mereka pasti faham. Dari awal lagi saya menulis mengenai persembahan siapa yang terbaik. Malah saya memang menjangkakan lagu Lelaki Teragung bakal bergelar juara.

"Telahan saya tepat apabila kebanyakan persembahan awal biasa-biasa saja. Tapi apabila tiba giliran Dayang, dia memberikan persembahan yang sangat luar biasa," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: