05 January 2017

TAHNIAH - DIANA AMIR & SUAMI TIMANG BABY GIRL KEDUA



Akhir bulan Disember dan awal bulan Januari ini, ramai artis kita melahirkan anak termasuklah pelakon dan pengacara, Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 30, yang juga telah selamat melahirkan anak perempuan keduanya semalam (4 Januari 2017).

Bayi kedua itu dilahirkan pada jam 5.55 pagi di Hospital Umra Shah Alam dengan berat 3.19 kilogram.

"Alhamdulillah at 5.55am this morning, after long hours trying to bring this little angel to this world, i gave birth to another beautiful baby girl dengan izin Allah, bersama kekuatan hanya dariNya, dan bantuan doctor and nurse-nurse kat hospital Umra ni, lega bila semuanya dah selesai.





"Tak nak cerita sakit bersalin macam mana, yang penting baby sihat dan alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan ini!! Husband and I am very happy and grateful!.

"Baby Khawlah tolong jaga adik yaaa hahaha, i love u both," tulis Diana di laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Diana yang berkahwin dengan usahawan, Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober 2013 itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang akan memasuki usia dua tahun pada 8 Mac depan.




--- IKLAN ---







Foto: Diana Amir IG



         ________________________





No comments: