05 January 2017

ISTERI SHAHZ JASZLE SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat pelakon Shahz Jaszle yang telah menimang cahaya kedua seorang bayi lelaki apabila isterinya, Hanis Husna selamat melahirkannya jam 4.19 petang pada 2 Januari lalu.

Berita gembira ini dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing.

Sebelum ini, Shahz pernah menyatakan tentang kehadiran cahaya mata baru itu di laman sosial dan apa yang pasti, peminat turut berkongsi rasa gembira dan juga mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri.





Untuk rekod, Shahz dan Hanis yang mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015 itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Alana Jasmeen. Kiranya dah sepasang dah anak Shahz ni.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini bakal memeriahkan lagi keluarga kecil Shah dan menceriakan suasana. Shah Jaszle Selamat Timang Anak Kedua




--- IKLAN ---





Foto: Shahz Jaszle IG & Hanis Husna IG



         ________________________





No comments: