04 January 2017

GARA-GARA PAKAIAN HOT, AKIM TERPAKSA DELETE GAMBAR



Mungkin disebabkan tidak mahu kontroversi berpanjangan, akhirnya penyanyi Akim Ahmad mengambil keputusan untuk memadam gambarnya bersama Stacy dan anak angkat mereka yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila segelintir peminat mengkritik pakaian Stacy yang dikatakan agak hot bagi ibu mengandung hingga menampakkan bentuk badan dan baby bump-nya.

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun, ada juga peminat yang tidak menyalahkan Stacy sepenuhnya kerana memahami statusnya yang baru bergelar mualaf. Pinta mereka semoga Akim selaku suami dapat membimbing isterinya mengikut ajaran Islam yang sebenar.

"Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif.



"Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya. Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya.

"Lebih baik gambar itu dipadam kerana saya tidak mahu peminat terus bergaduh di ruangan komen. Saya yakin itulah tindakan terbaik," ujarnya dipetik melalui BH Online.

Untuk info, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy kini sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada bulan Februari.



         ________________________





No comments: