04 January 2017

AJAI SERONOK RASAI PENGALAMAN 11 TAHUN LALU



"Kali terakhir pengalaman melihat anak memulakan sesi persekolahan adalah ketika anak sulung saya, Ayu Nazirah, 18, melaluinya kira-kira 11 tahun lalu. Kini giliran adiknya, Danisha, pula untuk ke sekolah.

"Sebagai bapa, saya tetap mahu meluangkan masa menghantarnya bagi melihat sendiri perkembangan Danisha," kata komposer Ajai yang teruja apabila dapat menghantar anaknya memulakan sesi persekolahan sesi 2017 dalam darjah satu di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.





Beliau yang juga seorang penyanyi berkata, dirinya sendiri bagai tidak percaya anak perempuannya, Danisha Mohd Faizal, 7, hasil perkahwinan dengan Liza Ilias sudah melangkah masuk ke alam persekolahan sebenar dan memula kembara menuntut ilmu.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, beliau dan isteri tidak risau memandangkan Danisha sudah pun menghadiri prasekolah sebelum ini dan biasa bercampur dengan rakan sebayanya.

Beliau juga selesa menghantar anaknya ke sekolah kerajaan bagi memberikan peluang untuk dirinya bercampur dan mengenali rakan berbilang bangsa.

"Tidak ada masalah atau isu menghantar anak sekolah ke kerajaan atau swasta. Masing-masing ada pilihan dan terbuka kepada ibu bapa untuk membuat keputusan. "Apa yang lebih penting ialah memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya," ujarnya dipetik sebagai berkata.




--- IKLAN ---




Ajai yang turut terbabit sebagai komposer dalam program 3 Juara siaran TV3 itu mengakui bertuah kerana mempunyai isteri yang banyak membantu menguruskan anak.

"Macam mana sibuk sekalipun, saya tetap memastikan ada masa untuk berbual mengenai persekolahan dengan Danisha dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada isteri.

"Dalam soal pendidikan, kami sama-sama memainkan peranan sepatutnya demi kecemerlangan si anak. Kami juga selalu menjadi kakaknya, Ayu, sebagai contoh kepada Danisha," tuturnya.

Untuk makluman, Ayu, cahaya mata hasil perkongsian hidup Ajai dengan bekas isteri, Nurul Wahab, mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.




Sumber: Berita Harian
Foto: Lisa Ilias IG & Berita Harian



         ________________________





No comments: