04 January 2017

LUAR NEGARA: JANET JACKSON SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI



Adik kepada Michael Jackson iaitu Janet Jackson, 50, dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulung seorang anak lelaki semalam.

"Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana, teruja menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana. Janet tidak menghadapi masalah ketika bersalin dan kini sedang berehat," menurut kenyataan wakilnya kepada majalah People.





Janet yang merupakan anak bongsu keluarga penyanyi Jackson yang terkenal itu tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai kehamilannya atau di mana anak pertamanya dilahirkan.

Janet yang berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar, Wissam Al Mana pada 2012 itu menangguhkan jelajah dunia 'Unbreakable' April lalu bagi memberi tumpuan kepada memulakan keluarga.

Beliau pernah berkahwin dua kali sebelum ini iaitu dengan penyanyi James DeBarge pada pertengahan 1980-an dan penari Rene Elizondo Jr dari 1991 hingga 2000.


--- IKLAN ---





Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: