04 January 2017

ISTERI KEDUA 'BUKA MULUT' - ADI PUTRA BAKAL JELAS SATU PERSATU



Sebelum ini, pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, mengakui terkejut dengan tindakan isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33, yang dianggap sebagai suatu tindakan yang membelakangi dirinya lebih-lebih lagi perkara tersebut adalah di luar pengetahuannya.

Maka dari itu, Adi menerusi status yang dimuatnaik laman Instagram miliknya baru-baru ini berkata yang beliau bakal tampil menjelaskan satu persatu mengenai kontroversi rumahtangganya bersama isteri kedua yang dikhabarkan sedang dilanda badai.





Menerusi entri tersebut, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media di atas keperihatinan terhadap dirinya.

Adi turut memuatnaik foto yang menunjukkan keratan akhbar mengenai isteri kedua yang memberi kenyataan tentang isu rumahtangga mereka tanpa kehadiran dan pengetahuannya.

Menerusi kenyataan isteri keduanya di dalam akhbar tersebut, Shahida memberitahu hubungannya dengan Adi baik dan pelakon itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami seperti biasa.




--- IKLAN ---




Malah Shahida memberitahu hubungannya dengan madu atau isteri pertama iaitu Aida Yusof juga baik. Namun Shahida akui terdapat pihak lain yang cuba melaga-lagakan mereka.

Namun khabar angin yang mengatakan dia sudah keguguran itu benar.

Terdahulu menerusi ruangan BiPop Berita Harian, telah melaporkan perkahwinan mereka sedang bermasalah, bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.


Sumber: Astro Gempak & Adi Putra IG



         ________________________





No comments: