04 January 2017

9 JANUARI INI - SHARNAAZ AHMAD UMUM TARIKH KAHWIN



Ramai pasti ternanti-nanti bilakah tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan kekasih hatinya, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada Noor Neelofa.

Shaarnaz menerusi undangan kepada media memberitahu, satu sidang media khas akan diadakan untuk tujuan tersebut.





Terdahulu, Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik Nabila pada pertengahan bulan Disember lalu. Shaarnaz juga telah memberitahu bahawa dia dan pasangannya itu tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Pelakon berbakat besar itu turut memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada suku tahun ini.

Jadi, untuk mengetahui tarikh bahagia pasangan Sharnaaz dan Nabila, sama-samalah kita nantikan pengumumamnya 9 Januari ini.


--- IKLAN ---





Sumber: Astro Gempak
Foto: Astro Gempak & Noor Nabila IG



         ________________________





No comments: