03 January 2017

DIKURNIAKAN 2 PUTERA - AYU RAUDHAH TERINGIN PUTERI PULA



Pelakon Ayu Raudhah yang kini sedang hamil empat bulan anak ketiga hasil perkahwinan dengan Zaquan Adha ini mengakui merasa teruja apabila dirinya itu kembali hamil.

Dalam masa sama, Ayu sempat meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini, selepas dia dan suaminya dua orang anak lelaki iaitu Aisy Qaiser, 3, dan Aisy Aryann, 2.

"Memang kalau boleh mahukan anak perempuan pula bila melihat Aaisyah yang cukup senang dijaga itu membuatkan saya berharap agar jantina anak saya kali ini perempuan.





"Selepas dua anak lelaki, jadi mahu merasa pula membesarkan anak perempuan. Saat ini kandungan saya sudah masuk empat bulan," ujar Ayu.

Berkongsi perbezaan, katanya ketika mengandungkan anak pertama dan keduanya memang dia sangat bertenaga. Namun kali ini dia dapat rasakan yang badannya sangat tidak bermaya dek kerana alahan yang agak teruk.

"Ikutkan pengalaman kali ini memang berbeza, jika dahulu saya sangat bertenaga sampai boleh mengerjakan umrah.

"Selain alahan memang asyik berehat sahaja di rumah dan tidak boleh ke mana-mana sebab tidak larat. Mujur suami banyak membantu.




--- IKLAN ---




"Mungkin disebabkan faktor umur juga, ketika ini saya sudah berumur 32 jadi sebab itu ada perbezaan," katanya.

Bercakap soal kegembiraannya dan suami, kata Ayu, dia sebenarnya tidak pernah merancang dalam soal keluarga. Malah berita kehamilan ini juga hadir dalam waktu yang tidak disangka.

"Kami berdua memang tidak pernah merancang, semuanya diserahkan kepada rezeki. Ketika tahu mengandung juga saya sedang sibuk dalam penggambaran sebuah telemovie. Memang ini suatu berita yang gembira sebenarnya.

"Selepas kelahiran anak kedua tiga tahun lalu, rasanya ini waktu yang tepat untuk kami. Cuma memang saya rahsiakan dahulu dan kami mahu mengumumkan waktu yang sesuai tentang berita baik ini," jelasnya.


Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Ayu Raudhah IG



         ________________________





No comments: