03 January 2017

5 GAMBAR - EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN TIMANG ANAK KEDUA



Pada 31 Disember lalu, pasangan Eira Syazira dan Azad Jazmin telah menerima kehadiran 'orang baru' apabila anak perempuan kedua mereka selamat dilahirkan secara pembedahan.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing. Selain berkongsi gambar, Eira dan suaminya juga turut memberitahu bahawa nama anak kedua mereka adalah Amiesya Leann Rose.

"Syukur Yaa Allah With your daddy's eternal love and mum's blessing, I carried you I my wombs with nothing but joyfull tears and an effortless journey.





"When Allah's whisper a soul in you, you were born into my arms to cared, to nurtured, and to be raise as a person I can gladly call as my daughter.

Welcome to this world my Princess, Ameisya Leann Rose Bt. Azad. With Unconditional Love, Mummy, Daddy & ur lovely sister Amarra Sofea Rose," tulis Eira di IGnya.

Dalam pada itu, kata Eira, sebelum ini memang dia berharap agar dapat merasai pengalaman bersalin secara normal, namun demi keselamatan anak keduanya ini dia terpaksa meneruskan kelahiran secara pembedahan.

"Memang sejak awal lagi saya berharap dapat melahirkan anak kedua ini secara normal, tetapi menurut doktor keadaan anak saya yang songsang dan air ketuban yang semakin sikit memerlukan saya meneruskan kelahiran ini dengan pembedahan. Sebenarnya saya tidak kisah pun, janji anak kedua saya ini sihat.




--- IKLAN ---




"Saya dan Azad memilih nama Ameisya Leann Rose yang membawa makna kehidupan tenang, kelembutan dan kehalusan. Anak kedua saya ini dilahirkan dengan berat 3.9 kilogram di sebuah hospital di Puchong pada 31 Disember lalu," katanya.

Untuk rekod, Eira dan Azad sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ammara Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.

Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih sinar dan bahagia kepada pasangan suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa.






Sumber: Eira Syazira IG & Utusan Malaysia
Foto: Eira Syazira IG & Azad Jazmin IG



         ________________________





No comments: