19 January 2017

ZACK TAIPAN TAK MAMPU LAGI BEKERJA - ISTERI MOHON DOA



Isteri kepada pelakon Zack Taipan, Siti Ajar Amaran, 48, memaklumkan bahawa suaminya yang masih dalam pemulihan akibat serangan angin ahmar itu tidak mampu lagi bekerja dan berharap dapat menyewa rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Isa, 53, pernah dimasukkan ke hospital Ampang pada Februari tahun lalu untuk menerima rawatan.

Isteri Zack berkata, mereka kini hilang sumber pencarian dan hanya mengharapkan pendapatannya yang tidak seberapa sebagai kerani bagi menyara keluarga.

Klik untuk gambar besar




"Sekarang kami menyewa pangsapuri di Pandan Indah dengan bayaran melebihi RM1,000 sebulan dan ia amat membebankan.

"Ditambah dengan pelbagai kos lain serta seorang anak yang masih bersekolah di tingkatan lima membuatkan saya buntu memikirkan perkara ini.

"Mujurlah anak sulung dapat membantu membayar separuh sewa rumah tapi dia juga sudah berkahwin dan ada komitmen sendiri manakala anak kedua yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti mengambil keputusan berhenti kerana tidak mahu membebankan kami," katanya.

Kata isteri Zack, mereka sudah mengemukakan permohonan kepada DBKL serta menerusi Seniman dan masih menanti jawapan.

"Kami amat mengharapkan jawapan positif kerana ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Abang Zack sudah boleh berjalan mengunakan tongkat namun percakapannya kurang jelas. Saya minta semua pihak mendoakan dia cepat sembuh dan dapat meneruskan kariernya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Norzulaiqha, 28, Muhammad Noor Fadli, 23, Nur Lisa Qamarina dan Nur Athinif Akasya, 17.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: