19 January 2017

BERITA KEMATIAN PALSU: "TOLONGLAH KASIHANI IBU SAYA" - LAN PET PET



Baru-baru ini, pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet telah menjadi mangsa berita palsu mengenai kematiannya dan perkara itu dalam masa yang sama turut membuatkan ibunya risau.

Namun pemilik nama sebenar Mazlan Ahmad tenang berhadapan dengan situasi tersebut, cuma berasa terkilan dengan sikap individu yang menyebarkan berita kematiannya sejak beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar




"Saya tidak kisah sangat dengan berita seperti ini, tetapi tolonglah kasihani ibu saya yang sudah tua. Anda bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu, saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi," katanya kepada portal itu yang menafikan menyebarkan berita tersebut.

"Ibu saya Asma Abdullah, 89, begitu terkejut dan sedih ketika dimaklumkan perkara itu dan terus menghubungi telefon bimbit saya, kemudian saya menjelaskan perkara sebenar, baharulah ibu lega," kongsinya kepada Sinar Harian.



Berita palsu tersebut mula tersebar apabila sebuah laman sosial dengan nama yang sama dengan Sinar Harian berkongsikan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Sinar Harian menafikan sekerasnya bahawa laman tersebut adalah milik mereka.

Apa pun, sebelum berkongsikan sebarang berita, lebih baik periksa dulu kesahihannya. Impak yang terkena pada individu yang menjadi mangsa mampu menyumbang kepada perkara yang lebih buruk. Eh, berbuih mulut cakap, nanti ramai juga buat.


Sumber: Sinar Harian
Foto: Sinar Harian & Ruby Che Wan IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...