02 February 2017

11 FOTO - SAHARUL RIDZWAN & ISTERI KINI TANAH SUCI, TUNAI UMRAH



Pada Selasa lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Saharul menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi beberapa gambar dia bersama isteri yang kini sedang hamil di sana.

Menerusi beberapa entri di akaun Instagramnya, Saharul melahirkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki di sana.

Klik untuk gambar besar




"Saling mencintailah hanya kerana Allah. Saling menyayangilah hanya kerana Allah. Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah. Hanya kerana Allah segala rasa itu tumbuh dan mekar lalu mewangikan setiap dari kita.

"Alhamdulillah ya Allah, sekali lagi aku diberi izin untuk menapak jejak di bumi Mu. Kau yang Maha Agung Ya Allah, Kau yang Maha Suci. Kau Yang Maha Mengetahui," tulisnya.

Terdahulu, Saharul selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September tahun lalu.




















Foto: Saharul Ridzwan IG & Deena Emir IG



         ________________________





No comments: