03 February 2017

ISU BUKA TUDUNG: "BIAR SAYA SEORANG YANG DIPANDANG PENDOSA" - ZILA AF4



Semua mengetahui bahawa bekas pelajar Akademi Fansia musim ke-4, Zila Seeron telah membuka tudung dan menampakkan rambutnya yang berwarna blonde itu.

Dek kerana itu, Instagramnya milik Zila telah dihujani dengan pelbagai komen negatif. Agak teruk juga kecaman dan kritikan yang dilemparkan kepada Zila.

Klik untuk gambar besar




Tidak cepat melatah, Zila menerusi IGnya telah membalas komen pengikut dengan tenangnya.

Antara komen tersebut:



Walaubagaimanapun, masih ada sesetengah peminat yang tetap mendoakan agar beliau kekal tabah dan satu hari nanti diberikan hidayah untuk berhijab semula.

Menerusi Instagramnya yang terkini, Zila dilihat telah mengambil tindakan dengan memadam gambar serta video yang menampakkan rambutnya sekaligus menghilangkan segala komen negatif serta kecaman yang diterimanya.



Iyalah bukan mudah sebenarnya masyarakat kita untuk menerima hakikat apabila seseorang wanita yang bertudung dan berpakaian sopan tiba-tiba mengubah penampilan mereka.

Setiap manusia akan melakukan kesilapan dalam hidup mereka dan kadang kala kesilapan itu akan memberikan pengajaran yang mematangkan lagi mereka di masa hadapan. Apa yang kita boleh lakukan adalah terus berdoa agar Zila akan diberikan rahmat untuk menjadi wanita Islam yang lebih baik nanti.








INSTAGRAM TERKINI ZILA



INSTAGRAM ZILA SEBELUM INI

Foto: Zila Seeron IG



         ________________________





No comments: