"Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas," akui penyanyi kelahiran program realiti MyStarz LG, Mimie Haris mengenai perceraian dengan suaminya, Mohammad yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Mimie yang kini bergelar pengacara bagi rancangan 'CJ WOW SHOP' bagaimanapun enggan lagi mengenangkan segala derita dan redha dengan ketentuan takdir buat dirinya. Buat Mimie, jodoh mereka tidak panjang.
Klik untuk gambar besar

"Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai," jelasnya.
Perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan sahaja. Difahamkan, punca mereka bercerai kerana tidak mempunyai persefahaman.
Terdahulu, Mimie dan Mohammad membuat keputusan untuk bertunang hanya selepas dua bulan berkenalan. Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga sekitar bulan Disember 2015.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya sendiri, sudah ditakdirkan jodoh mereka tidak lama. Tidak mengapalah, tentu satu hari nanti Allah SWT akan menemukan Mimie dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan dirinya.


Sumber: Media Hiburan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment