03 February 2017

DJ AS, RANDY SEIDMAN PANGGIL 'GIRLFRIEND' - FAZURA NAFI KEKASIHNYA



Baru-baru ini, sebuah video eksperimen sosial di YouTube menyaksikan seorang DJ Amerika Syarikat, Randy Seidma secara spontan mempertahankan Nur Fazura sebagai umat Islam yang digelar sebagai 'girlfriend' selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

Perkara itu agak hangat diperkatakan kerana beberapa tahun sebelumnya, pelakon dan penyanyi yang berusia 34 tahun ini pernah digosipkan bercinta dengan Randy.

Enggan orang salah faham, Fazura telah tampil menjelaskan dan menyifatkan bahawa gelaran atau perkataan 'girlfriend' yang diberikan oleh Randy adalah perkara biasa.

Klik untuk gambar besar




Ini kerana jelasnya lagi, di Amerika Syarikat gelaran 'girlfriend' bukanlah merujuk kepada pasangan yang bercinta, sebaliknya, gelaran tersebut merujuk kepada rakan wanita.

"Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada rakan wanita bukan teman wanita. Manakala rakan lelaki pula mereka membahasakannya sebagai guy friend.

"Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa," jelasnya ketika ditemui media pada sidang media menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan Universal Music Malaysia.



Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Randy, penyanyi lagu 'Sayangi Dirimu' itu memberitahu mereka sudah berkawan baik sejak lima tahun lalu.

"Saya dan Randy memang sudah berkawan baik sejak lima tahun lalu. Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang menghormati orang lain walaupun berlainan agama dan bangsa.

"Apa yang boleh saya katakan, saya amat terharu dengan tindakkannya itu kerana di situ membuktikan dia punya sifat kemanusiaan dan toleransi beragama. Saya bersamanya ketika itu semasa bercuti di sana Disember lalu," katanya.

Untuk makluman, video berdurasi lebih 10 minit yang dimuatnaik oleh pemilik akaun YouTube dengan nama 'Hizzy' itu telah ditonton sebanyak lebih 287,453 kali.




Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...