Bakal menimang cahaya tidak lama lagi iaitu pada hujung bulan ini, penyanyi Akim Ahmad mengakui bahawa dirinya gementar menantikan kelahiran bayi sulungnya.
Pada masa sama, suami kepada penyanyi, Stacy Anam ini juga sudah bersedia untuk menghadapinya.
"Sekarang ini, Stacy sedang menunggu hari yang dijangkakan bersalin pada hujung bulan ini. Alhamdulillah, saya juga sudah menyediakan semua kelengkapan bayi. Tapi, saya juga sangat gementar sebenarnya kerana jadual saya yang agak padat," kata Akim.
Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Akim juga berharap dapat berada disamping isterinya ketika bersalin. Ini kerana Akim menerusi kumpulannya Akim & Majistret kini sibuk dengan program Mentor Millenia 2017 selain bakal mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas pada 20 Februari depan.
"Sebab itu, saya bimbang andai Stacy bersalin ketika saya sedang sibuk atau sedang membuat persembahan. Apa pun saya berharap agar dapat menemaninya ketika bersalin nanti," tuturnya.






Sumber: Media Hiburan
Foto: Akim Ahmad IG & Stacy Anam IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment