04 February 2017

AKUI RAPAT - FASHA SANDHA NAFI DIA KEKASIH



Pelakon Fasha Sandha, 33, yang sudah lebih setahun berpisah dengan bekas suami, Jejai mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Bagaimanapun, Fasha yang dilihat sudah membuka hati untuk menerima cinta lagi itu enggan berkongsi lebih lanjut kerana mereka masih dalam fasa berkawan.

"Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini. Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

Klik untuk gambar besar




"Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih," jelasnya.

Fasha yang juga pelakon drama bersiri 'Lara Aishah' berkata, sikap positif yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dia mahu terus berkawan.

"Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak. Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa," katanya.




Sumber: Harian Metro
Foto: Fasha Sandha IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...