05 February 2017

DIKECAM WARNA RAMBUT: "KITA JAGA SOLAT MASING-MASING YE" - QUE HAIDAR



Pelakon Que Haidar yang susah nak tengok muncul di kaca televisyen sejak mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan itu baru-baru ini telah tampil dengan imej barunya.

Bagaimanapun, gambar yang menunjukan imej barunya yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu telah mendapatkan kecaman gara-gara mewarnakan rambut dengan warna blonde.

Gambar ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Macam biasa lah, ada yang menyokong tak kurang juga yang memberikan nasihat.

Klik untuk gambar besar




Melalui kapsyen, Que memberitahu bahawa anak-anak perempuan itu yang menyuruhnya menukar imej.

Que Haidar yang sebelum ini sering berkongsi gambar kedua-dua anak perempuannya yang comel ialah Ratu dan Cleopatra telah membalas komen pengikutnya itu.

"Thank you sangat-sangat kepada semua yang prihatin.. saya akan doakan yang baik-baik untuk anda semua Insyaallah, harap semua juga dapat doakan yang baik-baik untuk saya dan family.. saya ada baca ada yang doakan saya satu family mati dilanggar lori.. hrmm kita semua manusia biasa..," tulis Que di IGnya.


















Sumber: Oh Bulan
Foto: Que Haidar IG



         ________________________





No comments: