26 February 2017

38 GAMBAR - JEP SEPAHTU & SARI YANTI BERGELAR SUAMI ISTERI



Akhirnya teka-teki mengenai hubungan sebenar di antara mereka sebelum ini terjawab sudah apabila pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti secara mengejut melangsungkan pernikahan pada pagi semalam (25 Februari 2017).

Difahamkan, pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan oleh bapa Sari Yanti sendiri iaitu Dato' Mohamad Nazari dengan sekali lafaz tepat jam 11.50 pagi. Jep turut ditemani oleh dua teman baiknya iaitu Shuaib dan Rahim ketika melafazkan akad nikah

Klik untuk gambar besar




Majlis yang berlangsung secara tertutup di Dewan Mercu Mustapha Kamal itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan artis serta teman terdekat sekitar 250 orang sahaja. Pihak media yang hadir dilarang masuk ke dewan untuk membuat liputan.

Antara rakan artis lain yang turut hadir adalah Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Ia adalah perkahwinan kedua Sari Yanti selepas berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.



Sebelum ini, gosip mengenai hubungan kedua-dua mereka menjadi bualan hangat apabila mereka sering berkongsi gambar di laman sosial.

Jep turut memberi bayangan dengan jelas bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti malah perkara yang sama turut diakui oleh Sari Yanti sebelum ini. Bagaimanapun pasangan ini tidak gemar menggembar-gemburkan kisah cinta meraka.

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang sentiasa mendapat perhatian di mata peminat.








































































Sumber: mStar & Hlive
Foto: @wr.co & Sinar FM, CST Production & @project2Pi



         ________________________





No comments: