08 February 2017

CIK PIAH SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY, ADAM MALIQUE



Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dipanggil Cik Piah ini apabila selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Nurashid Abd Wahab di sebuah pusat perubatan swasta pada jam 11.30 pagi semalam.

Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 28, ketika dihubungi memberitahu yang beliau gembira dengan kehadiran bayi lelaki seberat 2.8 kilogram itu yang melengkapkan perkahwinannya bersama suami tersayang.

Klik untuk gambar besar




"Syukur dengan anugerah terindah ini. Saya dan bayi selamat serta sihat. Saya terharu melalui satu lagi fasa hidup dan pengalaman melahirkan anak secara normal. Perasaan dan pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Mengenai nama cahaya matanya itu, Feeya berkata, dia dan suami sepakat menamakan putera sulung mereka yang dilahirkan secara normal itu dengan nama 'Adam Malique'.

Untuk rekod, Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid pada Mei tahun lalu.








Sumber: Berita Harian
Foto: Feeya Iskandar IG, Sinar FM IG & @kueraahmad



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...