08 February 2017

SEMPENA ANNIVERSARY KE-6 - SHUIB SEPAHTU & ISTERI BAKAL BERSANDING



"Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah.

"Apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan.

"Walaupun agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan bermakna," kata Shuib Sepahtu yang memberi hadiah persandingan kepada isterinya, Siti Sarah Raissuddin sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Klik untuk gambar besar




Bertuah Siti Sarah apabila menerima hadiah persandingan dari suami tercinta. Difahamkan, majlis persandingan beserta resepsi itu akan diadakan buat pertama kalinya pada 26 Febuari ini bertempat di Bora Ombak Marina dengan jemputan seramai 600 orang.

Walaupun sesetengah pihak menganggap ianya terlalu lewat, tetapi Shuib tidak kisah dikecam kerana keputusan untuk bersanding itu adalah bagi menghargai isterinya yang selama ini setia bersama dalam keadaan susah dan senang.

"Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah.

"Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai," ujarnya.



Sementara itu, Siti Sarah melahirkan perasaan yang cukup gembira dengan hadiah ulang tahun perkahwinan tersebut dan menyifatkan dia adalah wanita paling bertuah di dunia.

"Bayangkan saya sudah menjadi isteri kepada Shuib selama enam tahun, dikurniakan anak tiga orang dan mendapat suami yang sangat baik daripada pelbagai sudut, jadi tidak ada ayat yang boleh dilafazkan untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran ini," tutur Sarah.

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-6 kepada Shuib dan isteri dan semoga majlis yang akan diadakan ini berjalan dengan lancar.




Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Shuib Sepahtu IG & Siti Sarah Raissuddin IG



         ________________________





No comments: