08 February 2017

KEK BIRTHDAY NEELOFA BERNILAI RM20K JADI PERHATIAN



Kek hari lahir pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa pada tahun lepas yang bernilai RM6,000 pernah menjadi perhatian ramai apabila ia tampak cukup mewah dan eksklusif dengan taburan ribuan kristal Swarovski.

Tahun ini pula, sempena hari jadi Neelofa yang ke-28, pihak Swarovski pula yang menghadiahkan beliau kek dua tingkat dengan hiasan kristal Swarovski bernilai RM 20,000. Kalau dah harganya mahal, tentu sekali kek tersebut kelihatan sangat cantik. Wah! beruntungnya Neelofa.

Klik untuk gambar besar




Sekali lagi, kek Neelofa berharga RM20,000 pula menjadi perhatian netizen.

Memang cantik betul kek hari jadi Neelofa, kalau kami memang rasa sayang sekali hendak makan apatah lagi bernilai puluhan ribu ringgit. Bertuah Neelofa. Apa-apa pun, selamat hari jadi yang ke-28 kami ucapkan buat Neelofa.










Foto: @naelofarhijab, @naelofarhijabcikney & @nuzulrobin



         ________________________





No comments: