08 February 2017

NAFI BERTUNANG - JEP SEPAHTU BAKAL KAHWINI SARI YANTI 25 FEBRUARI INI?



Sebelum ini, pelawak Jep Sepahtu digosipkan bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Sari Yanti tetapi ia telah dinafikan oleh Jep dan menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang.

Terkini, ada satu dakwaan disampaikan oleh Miss K di portal Astro Gempak dimana dia mendengar khabar angin bahawa Jep dan Sari Yanti sememangnya tidak akan bertunang pada bulan ini tetapi sebenarnya bakal bernikah pada hari Sabtu 25 Februari ini bertempat di Damansara.

"Dengarnya, memang betul pun Jep dan Sari tidak akan bertunang pada bulan ini. Rupa-rupanya, ada berita yang lebih gembira daripada berita pertunangan itu.

Klik untuk gambar besar




"Jep dengan Sari dikatakan bakal bernikah pada penghujung bulan ini. Miss K terdengar khabar yang mendakwa mereka bakal bernikah pada hari Sabtu, 25 Februari ini di Damansara.

"Wah, baguslah! Perkara baik jangan ditangguh-tangguhkan. Miss K pun suka tengok Jep dengan Sari, sweet sangat, sama cantik sama padan," lapornya.

Jika berita ini benar, kami harap apa yang direncana oleh Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar. Kedua-duanya solo memang sesuai la kan?








Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: