07 February 2017

DAPAT KEK BIRTHDAY RM20K - NEELOFA AKUI BERKAWAN DENGAN KERABAT



Pelakon Neelofa yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 28 tahun di Whitebox, Publika, itu mengaku sedang berkawan dengan kerabat diraja seperti yang dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya sejauh mana status hubungan persahabatan itu, Neelofa enggan mengulas lanjut.

"Dengan status saya sebagai selebriti dan kedudukannya sebagai kerabat, kami tidak boleh lari daripada pelbagai andaian masyarakat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang berkawan.

Klik untuk gambar besar




"Rasanya anda semua lebih bijak untuk menilai adakah saya layak untuk mengulas lanjut perkara ini," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran koleksi hijab Lady Lofa yang diadakan di Black Box, Publika.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini turut merayu supaya tidak lagi diajukan dengan soalan berkaitan hubungan itu.

"Saya sangat tertekan dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini. Isu Fatah lagi ditambah isu ini. Hati saya hancur dan harap senua pihak dapat memahami dan memberi saya ruang," tuturnya.

Pada majlis itu, Neelofa turut menerima kejutan apabila dihadiahkan kek bertatahkan permata Swarovski bernilai RM20,000 sempena ulang tahunnya yang ke-28.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: