09 February 2017

DALAM MEMBIMBING ISTERI - HAZAMA TIDAK TERLALU MEMAKSA



Penyanyi Hazama yang bergelar suami pada 15 Januari lalu memberitahu bahawa dia mendidik isterinya, Genervie Kam yang bergelar mualaf dengan teknik teladan mengikut sesuatu situasi dan tidak terlalu memaksanya untuk memahami apa yang dituntut oleh agama Islam.

Walaupun sibuk dengan kerja dalam bidang muzik, ia tidak bermakna Hazama mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, sekali gus membimbing isterinya.

Klik untuk gambar besar




"Alhamdulillah, kini kami melangkah ke fasa baru dalam kehidupan dan semuanya berjalan lancar. Dia adalah wanita yang baik dan saya juga turut menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbingnya.

"Bila ada sesuatu situasi, lebih mudah untuk saya memberikan contoh dan teladan kepadanya. Kalau sekadar bercakap dan bercerita, mungkin sukar untuk dia faham.

"Contohnya, apabila berlaku sesuatu situasi, saya akan kaitkan dengan contoh yang berkaitan dengan agama. Dia lebih mudah faham dengan cara begitu kerana dia nampak sendiri pengajaran daripada apa yang berlaku," kata penyanyi Hazama.



Berbicara mengenai perancangan mereka untuk berbulan madu, Hazama akui ia bukanlah satu perkara yang begitu penting buat mereka. Buat Hazama, beliau tidak terlalu memikirkan tempat istimewa untuk beliau dan Genervie meluangkan masa bersama.

Dalam mendidik seseorang tentang agama terutama sekali mualaf haruslah dilakukan tanpa paksaan ataupun terburu-buru. Biarlah mereka memahami setiap perkara didalam Islam perlahan-lahan agar betul-betul mendalami apa yang dituntut dalam agama.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: