06 February 2017

DUO STAR AKHIR - SYAMEL & ERNIE MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Pentas akhir Duo Star telah melabuhkan tirainya semalam apabila pasangan Syamel dan Ernie diumumkan sebagai juara bagi musim pertama rancangan tersebut.

Ia sekaligus melayakkan mereka merangkul wang tunai sebanyak RM100,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM4000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Klik untuk gambar besar




Dalam pentas akhir tersebut, Syamel dan Ernie yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Duo Star pilihan AuraWhite sebanyak dua kali itu telah menyampaikan lagu 'Balqis' nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan lagu pilihan di pusingan kedua pula berjudul 'Kau Lupa Pada Janji' nyanyian Datuk Jamal Abdillah.

Sementara itu, naib juaranya pula jatuh kepada pasangan Awi Rafael dan Kaka Azraff yang mmembawakan lagu berjudul 'Dealova' dan 'We Don’t Talk Anymore'. Awi dan Kaka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM3000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, tempat ketiga yang dirangkul oleh Haiza dan Aepul pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 tajaan AuraWhite, Baucer tunai Go Shop bernilai RM2000 beserta trofi sumbangan Astro. Mereka membawakan lagu Jeritan Batinku dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.



Manakala tempat keempat diduduki oleh Firman dan Ayai yang membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan AuraWhite, Baucer tunai Go Shop bernilai RM1000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Pasangan yang telah mempersembahkan lagu berjudul 'Sampai Syurga' dan 'Raikan Cinta' ini juga diumumkan sebagai pemenang anugerah Duo Star pilihan AuraWhite dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 dan baucar tunai Go Shop bernilai RM1000.

Kesemua peserta Duo Star dinilai oleh juri tetap, Datuk Acis, Adibah Nor dan Datuk Hattan manakala Datuk Ac Mizal pula bertindak sebagai hos program berkenaan. Keputusan pemenang adalah 100 peratus berdasarkan sistem permakahan juri.


Sumber: Astro Gempak
Foto: Astro Gempak & @chikathedivas



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...