06 February 2017

BULAN INI, JEP SEPAHTU & SARI YANTI BAKAL BERTUNANG?



Semua mengetahui mengenai hubungan mesra Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang nampaknya semakin hari menjadi bualan lebih-lebih lagi apabila Sari Yanti secara terbuka menulis komen "I love you" dan "handsomenya" ketika menerusi Insta Live Jep baru-baru ini.

Selepas kejadian itu, ramai yang mula teruja melihat gelagat pasangan ini yang seolah sedang dilamun cinta dan ramai yang percaya, itulah ungkapan cinta Sari Yanti buat pelawak tersebut.

Klik untuk gambar besar




Terkini, menerusi ruangan Diva di Kosmo, ada gosip yang mengatakan bahawa pasangan ini bakal bertunang pada bulan ini.

"Jadi, Diva tidak terkejut apabila diberitahu dengarnya Jep dan Sari Yanti bakal melangkah ke fasa baharu dalam perhubungan iaitu mengikat tali pertunangan dalam bulan ini. Setahu Diva, apabila ditanya kedua pihak berhubung perkara ini, biasalah masing-masing masih lagi berteka-teki”

"Cuma apabila melihat jawapan-jawapan yang diberikan Jep ketika dalam rancangan Sepahtu Reunion Live seolah-olah membayangkan sesuatu betapa hubungan mereka bukan sekadar teman biasa, malah lebih daripada itu," tulis Kosmo Online menerusi ruangan gosip Diva.



Bukan itu sahaja, malah sebelum ini juga Jep pernah menyatakan perasaan selesanya ketika bersama Sari Yanti. Bagaimanapun kedua belah pihak masih berteka-teki dengan status sebenar hubungan mereka. Biasalah selebriti, jika ditanya pasti sahaja dijawab hanya teman biasa.

Jika perkhabaran ini benar, kami rasa eloklah sesuatu perkara yang baik itu dipercepatkan. Hubungan mereka berdua juga direstui peminat, pasti mereka akan doakan yang baik-baik.








Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: