06 February 2017

"BEN NATHAN BERSIH DADAH" - DOKTOR



Penyanyi lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati', Ben Nathan, 54, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu lalu, dilaporkan oleh doktor bahawa keadaannya bergelandangan sejak 20 tahun lalu tiada kaitan dengan pengambilan dadah.

Adiknya, P Vasanthi, 43, berkata keluarganya lega dengan perkembangan terbaru itu, sekali gus melenyapkan rasa sangsi segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu.

Klik untuk gambar besar




"Jadi apabila segelintir pihak membuat andaian melulu tanpa memikirkan perasaan keluarga, sudah tentu kami sedih. Terbukti abang saya tidak terbabit dengan gejala dadah.

"Apa pun kami tidak salahkan mereka yang berfikiran sebegitu. Mereka tidak tahu situasi sebenar, apatah lagi masalah tekanan yang dihadapi Ben sudah bertahun-tahun membelenggu dirinya," katanya.

Keadaan menyedihkan Ben meraih perhatian ramai selepas video yang menunjukkannya tidak terurus dirakam dan dikongsi seorang peminat di laman sosial, minggu lalu.



Rabu lalu, Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan polis membawanya ke HKL bagi menjalani pemeriksaan kesihatan serta mental.

Ben, yang hidup bergelandangan di sekitar ibu negara sejak 24 tahun lalu, kini ditempatkan sementara di Wad Psikiatrik HKL bagi pemantauan, selain menunggu hasil laporan sebelum JKM menentukan status hak penjagaan sama ada diserah kepada jabatan terbabit atau pihak keluarga.

Sementara itu, ditanya sama ada dulu abangnya itu pernah memaklumkan keluarga mengenai peralihan ke agama Islam, akui Vasanthi, mereka mengetahuinya sejak lama dulu dan tiada masalah menerimanya.

"Kami tahu dia memeluk Islam. Ibu saya pun dimaklumkan mengenainya dulu. Bagi kami, perkara itu tiada masalah atau jadi isu. Cuma mungkin dalam kad pengenalannya dulu ia tidak sempat ditukar," katanya yang mahu berbicara hati ke hati dengan Ben apabila kesihatannya kembali pulih.




Sumber & foto: Berita Harian



         ________________________





No comments: