07 February 2017

"MANA ADA BERTUNANG" - JEP SEPAHTU



"Bertunang? tak ada lah, mana ada," demikian kata Jep Sepahtu mengenai gosip yang mengatakan dirinya dan Sari Yanti bakal mengikat tali pertunangan pada bulan ini, seperti yang dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akbar tabloid hari ini.

Sebelum ini, menerusi ruang gosip Diva di Kosmo Online, pasangan ini dikatakan akan melangsungkan majlis pertunangan pada bulan ini juga.

Klik untuk gambar besar




Gosip tersebut dikatakan lebih kuat apabila baru-baru ini, Sari Yanti ada menulis komen "I love you" dan "handsomenya" secara terbuka menerusi Insta Live Jep baru-baru ini.

Kalau diikutkan agak cepat juga mereka ingin melangkah ke fasa seterusnya selepas desas-desus mengatakan mereka seakan sedang dilamun cinta beberapa bulan lalu walaupun masing-masing masih berteka-teki.

Tidak mahu spekulasi berterusan, Jep tampil menafikan berita berkenaan. Tidak mengulas panjang mengenai gosip tersebut, Jep memberitahu mereka masih tiada perancangan ke arah itu.



"Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Mungkin mereka mengambil langkah perlahan-lahan dalam hubungan, tetapi yang pasti Jep sudah menafikan gosip berkenaan. Apapun doakan saja yang terbaik buat mereka, jika benar berita pertunangan itu pasti Jep mahupun Sari Yanti akan berkongsikan berita itu kepada semua.






Sumber: Astro Gempak
Foto: Jep Sepahtu IG & Sari Yanti IG



         ________________________





No comments: