12 February 2017

ERIN MALEK SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA, NUR AISYA



Pada jam 4.25 petang kelmarin (10 Februari 2017), pelakon Erin Malik telah selamat melahirkan anak kedua iaitu bayi perempuan hasil perkahwinan dengan Farriz Fauzy.

Erin yang berkongsi berita gembira itu laman Instagramnya itu turut memberitahu nama anak perempuan serta mengucapkan terima kasih kepada peminat di atas doa mereka yang tidak henti-henti sebelum ini.

Klik untuk gambar besar




"Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq's little sister, Nur Aisha Binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers," maklum Erin di IGnya.

Untuk rekod, Erin dan Farriz seblum ini telah dikurniakan seoarang anak lelaki bernama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz yang kini berusia setahun lebih.

Apa yang pasti, kemeriahan akan bertambah dengan kelahiran penyeri terbaru dalam kehidupan mereka suami isteri. Semoga perjalanan keluarga ini akan dipermudahkan.

Tahniah diucapkan!




Foto: Erin Malik IG



         ________________________





No comments: