11 February 2017

"SAYA DAH BERTAUBAT, JANJI TAK LUKAKAN HATI ISTERI-ISTERI" - DATUK RED



Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 39, memberitahu bahawa dirinya itu sudah bertaubat dan berjanji tidak akan melukakan hati isteri-isterinya lagi terutamanya selepas isteri kedua, penyanyi Adira Suhaimi melahirkan anak mereka pada Mac depan.

Kata Datuk Red, dia mahu memberi perhatian kepada pembesaran anak-anaknya yang kini sudah memasuki tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama, Datin Syarifah Norshafila Hassim atau Datin Red.

Klik untuk gambar besar




"Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama).

"Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya," ujarnya.

Datuk Red diminta mengulas tentang persiapan menyambut cahaya mata terbaharunya hasil perkahwinan bersama Adira. Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

ISTERI PERTAMA DATUK RED - DATIN RED

Sementara itu, Adnan berkata, dia sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.

"Persiapan menyambut orang baru sudah siap sepenuhnya, namun saya beli kelengkapan secara ala kadar sahaja kerana tidak mahu berabis dan terlalu membazir.

"Nama pun saya sudah pilih iaitu Anggerik. Saya suka nama klasik seperti ini kerana ia tidak terlalu panjang sehingga 'berbelit' lidah nak sebut," katanya.

ISTERI KEDUA DATUK RED - ADIRA SUHAIMI









Sumber: mStar
Foto: Adira Suhaimi IG & Datin Red IG



         ________________________





No comments: