16 February 2017

FOTO BERCUMBU - NABIL NAFI DIRINYA MUATNAIK



"Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya.

"Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat," jelas Nabil Ahmad mengenai gambar dirinya dan isteri, Nazirah Ayub sedang bercumbu ketika bercuti di Venice, Itali minggu lalu yang tersebar di laman sosial.

Klik untuk gambar besar




Berpunca daripada gambar tersebut, rata rata mempertikaikan gelaran Haji pelawak, pelakon dan pengacara ini kerana menganggap beliau tidak menjaga sensitiviti masyarakat tempatan apabila memuatnaik gambar mencium isterinya di kota percutian berkenaan.

Sementara itu, Nabil tidak mengambil perkara itu secara serius kerana baginya, apa yang dilakukannya dengan isteri tidak perlu dijadikan bualan.



"(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu.

"Apabila sudah berada di 'kota cinta', jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri. Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram," katanya.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: