16 February 2017

GAMBAR NEELOFA BERSAMA RAJA MUDA SELANGOR JADI PERHATIAN



Semua mengetahui mengenai pengakuan Neelofa yang sebelum ini mengatakan dirinya itu kini sedang berkawan rapat dengan kerabat diraja.

Terkini, gambar Neelofa duduk bersebelahan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sebuah majlis amal itu mula tersebar di media sosial. Gambar tersebut dipercayai dirakam ketika bulan Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar




Gambar yang dikongsi oleh individu bernama Effie Amron itu menjadi perhatian ramai. Rata-rata netizen seakan 'merestui' hubungan Neelofa dan Tengku Amir dan ada yang mendoakan agar hubungan mereka mungkin boleh ke fasa yang lebih serius selepas ini.

Melihat pada gambar itu, kedua-duanya tampak sama cantik dan sama padan. Mungkinkah fenomena Lofattah akan berlalu dan kini diganti dengan Lofamir pula?

Apa-apa pun, kami tetap doakan yang terbaik buat Neelofa.


Foto: Twitter Effie Amron



         ________________________





No comments: