23 February 2017

ISU RUMAH TANGGA: "KAMI BAIK-BAIK SAJA" - NAZIM OTHMAN



Baru-baru ini, ada satu dakwaan yang mengatakan rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally kini sedang dilanda badai yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Bagaimanapun, Nazim ketika ditemui menafikan bahawa rumah tangganya kini sedang bergolak dan turut menjelaskan bahawa dia tidak suka berkongsi kisah peribadi.

"Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

Klik untuk gambar besar




"Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut," jelasnya yang tidak mudah melatah dengan khabar angin yang berlalu pergi.

Melalui kenyataannya ini harapnya dapat menjawab persoalan peminat yang mungkin tertanya-tanya mengenai perkara yang terjadi kepada pasangan ini. Pastinya Nazim dan juga Bella sudah cukup matang membawa diri sebagai suami isteri dan juga selebriti.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: